Thursday, October 21, 2010

Memo daripada Pengerusi Persatuan Penduduk Alam Suria

Assalamualaikum,

Terima Kasih kepada yang mereka yang telah menjadi ahli.Usaha-usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan keselamatan di Alam Suria.Antara usaha-usaha yang sedang dijalankan dlm masa yang terdekat:

a) Meletakkan penghalang jalan di bahagian belakang persimpangan masuk/keluar di 16/7 . Bahagian belakang diberi keutamaan kerana di bahagian depan (persimpangan masuk/keluar 16/11) masih boleh dipantau oleh pengawal keselamatan.Penghalang di bahagian depan akan segera dilaksanakan sekiranya keahlian menggalakkan.

b) Sticker kenderaan bagi mengenal pasti kenderaan penduduk.

Pengawasan utk bulan November hanya dapat di adakan pada waktu malam sahaja kerana kekurangan keahlian. Usaha sedang dijalankan bagi menggalakkan penyertaan keahlian dari penduduk.Salah satu cadangan ialah dengan melakukan kutipan dari rumah ke rumah.

Kerjasama dari pihak Tuan/Puan dalam menyebarkan usaha ini juga amatlah diperlukan.

Walau bagaimanapun usaha-usaha ini hanya dapat dijalankan sekiranya mendapat kerjasama dari pihak penduduk.Sebarang bantahan, komen atau cadangan amatlah dialu-alukan bagi menjaga keharmonian Penduduk Alam Suria.

Terima Kasih.

Dari,

Pengerusi
Persatuan Penduduk Alam Suria

11 comments:

  1. Bagi mereka yang tidak berkesempatan utk melakukan pembayaran boleh call/sms saya Azman (0126446675) dan insyaallah saya bersedia utk datang ker rumah. (Hanya utk menggalakkan keahlian)

    ReplyDelete
  2. caya la ripper..aku suka org2 mcm kau..malam datang rumah..aku belanja nescafe tarik..

    ReplyDelete
  3. rasa2 nyer en. azman leh datang umah saya tak untuk collect yuran..jauh rasanya nak seberang jalan tu..hahaha..

    En. Ripper...i'll follow you...you jump i jump..

    p.s- sapa en. ripper ni yea?

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum semua penduduk Alam Suria BPA terutamanya Pengerusi dan AJK Persatuan Penduduk. Tahniah atas usaha tuan2 sekelian dan semoga sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT hendaknya

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih Pak Mus atas sokongan yg diberikan..insyaallah..

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih Pak Mus..
    Takper Shidi..tak kisah jauh ker dekat aku pasti sampai..tak bley bias...nanti kecik hati org..
    Nak tau sapa ripper tue kena lepak dulu dengar dia citer..huhu..

    ReplyDelete
  7. Bagus lah servis En. Azman ni..takper..saya bayar 3 bulan terus..Bila nak lepak ngan En. Ripper ni?

    ReplyDelete
  8. malam nie bolek lepak...minta jasa baik admin blog..kasi adjust sikit GMT..

    ReplyDelete
  9. Alamak..tak perasan plak pasal GMT tu la En. Ripper..ok nnti saya adjust kan..TQ..

    ReplyDelete
  10. salam..Tahniah atas usaha meningkatkn keselamatan kwsn kite..good idea also with this blog..any memo @ info terkini harap dpt masukkan kat blog ni..Blog ni pun patut disebarkan pada semua penduduk coz easy n faster reply regarding any issues ya..

    ReplyDelete