Monday, November 1, 2010

Memo dari Pengerusi : Cadangan Penutupan Persimpangan 16/7

Tarikh: 30 Oktober 2010

Kepada:

Semua Penduduk Alam Suria

CADANGAN PENUTUPAN PERSIMPANGAN 16/7

Assalamualaikum Wrt Wbt.

Pihak Persatuan bercadang untuk menutup persimpangan belakang keluar masuk di 16/7 pada setiap hari bermula pada pukul;

a) 11.00 malam hingga 7.00 pagi
b) 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ini bertujuan untuk memudahkan pengawasan bagi memantau kenderaan keluar masuk dari persimpangan hadapan 16/11.

Bermula dari 1 November 2010 persimpangan belakang lorong keluar masuk akan ditutup  menggunakan kon sementara sebelum bercadang untuk menggunakan barrier bagi mendapatkan maklum balas dari pihak penduduk.Sekiranya tiada bantahan dibuat seminggu dari tarikh surat ini Persatuan akan meneruskan pelan untuk meletakkan barrier tersebut.

Bantahan boleh diajukan kepada:

1) Pengerusi - (En Mohd Syukri Bin Baharudin (019-3836145)

2) Azman Bin Sani (012-6446675)

Atau email kepada

Alam_suria16@yahoo.com                

Pengawasan untuk bulan November 2010 hanya dapat diadakan pada waktu malam sahaja (11.00 malam hingga 7.00 pagi) kerana masih kekurangan keahlian.Walau bagaimana pun usaha masih diteruskan bagi meningkatkan keahlian untuk mendapatkan pengawasan sekurang-kurangnya selama 16 jam.

Persatuan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang telah menyokong dan menjadi ahli.

Terima Kasih.

“Berkhidmat Untuk Masyarakat”




Yang Benar,
Mohd Syukri Bin Baharudin
Pengerusi Persatuan Penduduk Alam Suria

2 comments:

  1. salam pengerusi/en.azman...ada cadangan laluan dibuka bermula 6 pagi..saya juga bersetuju dgn cadangan tu..sebab ramai jugak yg kluar pagi2 utk ketempat kerja..

    kepada penduduk yg tidak setuju diletakkan barrier ..silalah memberi pandangan,cadangan untuk kita kongsi bersama...tima kasih..

    ReplyDelete
  2. Salam,

    On behalf Pengerusi sy meminta maaf di atas kesilapan masa yg dicadangkan.Initial plan ialah dr 12.00 tgh malam ke 6.00 pagi.Masa dlm circular tue actually ialah masa guard beroperasi.
    Penutupan for the time being hanya akn dibuat dr 1200 tgh malam ke 600 pagi sahaja..Itu pn dgn hanya menggunakn kon dan akan ditutup di persimpangan utama menuju ke 16/7.
    Penutupan dr 9.00 pagi ke 5.00 petang masih dalam perbincangan kerana ada penduduk yang tidak bersetuju.
    Setiap bantahan akan dipertimbangkan dan kami akan cuba mencari jalan terbaik bg memuaskan semua pihak.

    T.Kasih.

    ReplyDelete