Salam Semua...lama tak update blog ni rasanya..Maklumlah dok busy ngan kerja..Apa-apa pun saya tetap mengikuti perkembangan kat Alam Suria ni untuk dikongsi bersama penduduk-penduduk yang lain..Beralih kepada isu sekuriti di Alam Suria ni, terdapat progres positif yang dapat dilihat hasil daripada sokongan penduduk-penduduk semua yang bersama-sama membayar yuran yg ditetapkan..Khabarnya jumlah ahli sekuriti Alam Suria dah dekat 280 ahli..Tahniah kerana bersama-sama menjadi masyarakat yang prihatin..Berbekalkan dengan kutipan yuran yang diketuai En. Azman, kita berupaya untuk menyediakan pondok guard dan hasil daripada gotong-royong penduduk yg diketuai oleh En. Zaki dan Cikgu Bahar. Tidak lupa juga kepada En Zahari (Aju) yang memastikan projek pondok guard ni berjalan lancar..Kemudian kita juga telah dapat menyediakan barrier untuk mengawal kenderaan keluar masuk terutamanya diwaktu malam..Perancangan seterusnya adalah untuk menyediakan sticker kenderaan dan jika sumber kutipan yuran sudah mencukupi, kita bercadang untuk meletakkan dua guard iaitu diwaktu siang dan malam..Oleh itu saya menyeru agar semua penduduk terus memberi sokongan terutamanya dengan membayar yuran bulanan mengikut masa yang ditetapkan supaya aktiviti ini dapat diteruskan demi keselamatan penduduk alam suria..Jom kita tengok gambar pondok dan barrier yg dah dipasang ..
No comments:
Post a Comment